Rabu, 20 April 2011

Pulang Lewat.. Jam 8 malam..

Salam dan bertemu kembali..

Di saat ini, saya masih berada di ofis menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai.  Membuat kerja sambil mendengar lagu pilihan, "Gadis Semasa" dendangan Yuna berulang-ulang kali.  Hujan masih renyai di luar.  Saya sudah menghabiskan biskut dan roti yang ada dalam simpanan. 

Hmm... saya merancang untuk memasak mee goreng mamak malam ini.  Tapi rasanya tidak akan kesampaian kerana saya keletihan.  Mungkin mee goreng itu akan dimasak pada esok malam atau malam berikutnya mengikut kemampuan saya.  Oppsss... saya harus membeli tauhu basah untuk memasak mee goreng itu.

Kadangkala saya terpikirkan tentang sesuatu.. Bagaimana saya harus mencari masa yang berkualiti dalam hidup saya.  Antara kerjaya dan kehidupan peribadi.  Sama seperti orang lain, saya juga mahu berjaya dalam kehidupan dan kesihatan diri  amat penting untuk menjamin kehidupan yang sempurna.  Kesihatan adalah anugerah dan nikmat yang harus kita hargai.  Oleh itu, saya tidak teragak-agak untuk melaburkan sedikit wang saya untuk membeli majalah RAPI yang menjadi bahan bacaan kegemaran saya.  Antara tips-tips yang masih saya ingati dan ikuti adalah seperti:
  • Minum air kosong/air putih dengan kadar yang diperlukan oleh tubuh badan; Tidur yang mencukupi sekurang-kurangya 8 jam sehari;  mengambil buah-buahan dan sayuran dalam hidangan yang besar; membuat latihan senaman pada setiap minggu dan yang penting SENYUM SELALU.. macam ni:

Jangan tensen-tensen ma.. Sikalang ade manyak hibulan.. pesbuk ade, blogspot pun ade..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan