Rabu, 20 April 2011

Belajar Membuat Blog Sendiri Untuk Diri Sendiri..Juga untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang lain

Assalamualaikum wbt.. 


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya membina blog saya ni.  Baru saje belajar hari ini selama 2 jam bersama Puan Zurina IT. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.  To Myfara FLK, TQ So Much.. Akak memag buta kayu bab IT ni.. hihi.


Untuk pengetahuan, selama ni saya duk memandang dan membaca blog-blog kawan-kawan sahaja. Tak terniat untuk membuat Blog sendiri.. Mungkin belum terbuka pintu hati ketika itu.


Saya dapat rasakan blog adalah salah satu tempat untuk meluahkan pendapat, menulis tentang pengalaman dan berkongsi idea tentang sesuatu perkara.  Agak lama juga saya tidak menulis karangan atau esei.  Kali terakhir semasa di bangku universiti.  Begitu tumpul penulisan saya kini.  Jadi dengan adanya blog ini, saya dapat menulis kembali walaupun tidak sehebat mana.  Di samping itu, saya juga berharap agar blog ini boleh dikongsikan bersama-sama rakan yang lain.


Ok, setakat ini dulu catatan saya.  saya perlu kembali menjalankan tugas saya untuk menyediakan bajet bagi program yang akan dilaksanakan di pejabat saya.  Bertemu kembali di lembaran yang lain.


Salam Penutup & Senyum Selalu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan