Khamis, 21 April 2011

Penangan Autopay di Pejabat..

Salam dan Selamat Petang..

Bersua kembali di Blog saya ini.  Saya baru sahaja duduk di meja. Sejak tadi saya di kawasan parkir untuk menguruskan Sistem Parkir Berbayar (Autopay) di pejabat saya.  Autopay ini baru sahaja beroperasi pada 1 April 2011, tetapi saya merasakan sudah begitu lama ia beroperasi.  Mungkin terasa lama kerana sebelum ini ia hanya beroperasi di atas kertas sahaja. 

Bagi saya, menguruskan autopay adalah satu perkara baru dalam hidup dan kerjaya saya.  Sebelum ini saya menguruskan latihan dan peperiksaan kakitangan selama 3 tahun di pejabat saya.  Saya menerima tugasan ini dengan hati terbuka.  Di sini, saya banyak mempelajari perkara baru.

Bila dikenangkan banyak perkara lucu yang berlaku.. Antaranya kunci autopay yang terlalu susah untuk digunakan. Terkial-kial saya dan Guard (Abang Hamdan) membuka pintu autopay. Abang Hamdan duduk bertimpuh dan akhitnya duduk di antara 2 sujud , tetapi pintu masih belum boleh dibuka... Akhirnya kami mendapatkan tips dan teknik yang betul menggunakan kunci tersebut.

Seperkara lagi.. Si Chiring (Guard juga) yang terpaksa melakukan "senaman harian" menggunakan Car Clamp.  Dia sekalipun tidak mengeluh dan hanya memberikan senyuman.  Mungkin itu hanya di hadapan saya.  Hmm, saya senyum sendirian bila mengenangkan itu semua. 

Di sini, saya kepilkan foto saya bersama mesin autopay kesayangan saya itu.  Semoga saya terus tabah menyayanginya dan menjaganya sebaik mungkin..  

4 ulasan:

  1. amboi amboi,sempat lg dia snap pic..

    BalasPadam
  2. haha.. mai.. itu foto semasa ujilari.. sekarang mesin tu dah cantik.. ade name tag..

    BalasPadam
  3. kak sue

    jom join contest nie

    http://myfaraflk.blogspot.com/2011/04/contest-alya-aku-dan-alam.html

    BalasPadam
  4. kak sue join nie plak..
    letakkan myfaraFLK selalu referral tau

    http://myfaraflk.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-from-nabilamedan.html

    BalasPadam