~BeauTifuLDaisY~
"SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA"
Isnin, 16 Mei 2011
CyCliNG & KaYaKiNG di Wetland, Putrajaya
Salam.. Bertemu Kembali.. Gambar di atas adalah aktiviti saya dan rakan-rakan di Wetland, Putrajaya pada 14 Mei 2011 (Sabtu). Pengalaman yang menyeronokkan!!!
Khamis, 21 April 2011
Penangan Autopay di Pejabat..
Salam dan Selamat Petang..
Bersua kembali di Blog saya ini. Saya baru sahaja duduk di meja. Sejak tadi saya di kawasan parkir untuk menguruskan Sistem Parkir Berbayar (Autopay) di pejabat saya. Autopay ini baru sahaja beroperasi pada 1 April 2011, tetapi saya merasakan sudah begitu lama ia beroperasi. Mungkin terasa lama kerana sebelum ini ia hanya beroperasi di atas kertas sahaja.
Bagi saya, menguruskan autopay adalah satu perkara baru dalam hidup dan kerjaya saya. Sebelum ini saya menguruskan latihan dan peperiksaan kakitangan selama 3 tahun di pejabat saya. Saya menerima tugasan ini dengan hati terbuka. Di sini, saya banyak mempelajari perkara baru.
Bila dikenangkan banyak perkara lucu yang berlaku.. Antaranya kunci autopay yang terlalu susah untuk digunakan. Terkial-kial saya dan Guard (Abang Hamdan) membuka pintu autopay. Abang Hamdan duduk bertimpuh dan akhitnya duduk di antara 2 sujud , tetapi pintu masih belum boleh dibuka... Akhirnya kami mendapatkan tips dan teknik yang betul menggunakan kunci tersebut.
Seperkara lagi.. Si Chiring (Guard juga) yang terpaksa melakukan "senaman harian" menggunakan Car Clamp. Dia sekalipun tidak mengeluh dan hanya memberikan senyuman. Mungkin itu hanya di hadapan saya. Hmm, saya senyum sendirian bila mengenangkan itu semua.
Di sini, saya kepilkan foto saya bersama mesin autopay kesayangan saya itu. Semoga saya terus tabah menyayanginya dan menjaganya sebaik mungkin..

Rabu, 20 April 2011
Pulang Lewat.. Jam 8 malam..
Salam dan bertemu kembali..
Di saat ini, saya masih berada di ofis menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Membuat kerja sambil mendengar lagu pilihan, "Gadis Semasa" dendangan Yuna berulang-ulang kali. Hujan masih renyai di luar. Saya sudah menghabiskan biskut dan roti yang ada dalam simpanan.
Hmm... saya merancang untuk memasak mee goreng mamak malam ini. Tapi rasanya tidak akan kesampaian kerana saya keletihan. Mungkin mee goreng itu akan dimasak pada esok malam atau malam berikutnya mengikut kemampuan saya. Oppsss... saya harus membeli tauhu basah untuk memasak mee goreng itu.
Kadangkala saya terpikirkan tentang sesuatu.. Bagaimana saya harus mencari masa yang berkualiti dalam hidup saya. Antara kerjaya dan kehidupan peribadi. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berjaya dalam kehidupan dan kesihatan diri amat penting untuk menjamin kehidupan yang sempurna. Kesihatan adalah anugerah dan nikmat yang harus kita hargai. Oleh itu, saya tidak teragak-agak untuk melaburkan sedikit wang saya untuk membeli majalah RAPI yang menjadi bahan bacaan kegemaran saya. Antara tips-tips yang masih saya ingati dan ikuti adalah seperti:

- Minum air kosong/air putih dengan kadar yang diperlukan oleh tubuh badan; Tidur yang mencukupi sekurang-kurangya 8 jam sehari; mengambil buah-buahan dan sayuran dalam hidangan yang besar; membuat latihan senaman pada setiap minggu dan yang penting SENYUM SELALU.. macam ni:
Jangan tensen-tensen ma.. Sikalang ade manyak hibulan.. pesbuk ade, blogspot pun ade.. |
Belajar Membuat Blog Sendiri Untuk Diri Sendiri..Juga untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang lain
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya membina blog saya ni. Baru saje belajar hari ini selama 2 jam bersama Puan Zurina IT. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan. To Myfara FLK, TQ So Much.. Akak memag buta kayu bab IT ni.. hihi.
Untuk pengetahuan, selama ni saya duk memandang dan membaca blog-blog kawan-kawan sahaja. Tak terniat untuk membuat Blog sendiri.. Mungkin belum terbuka pintu hati ketika itu.
Saya dapat rasakan blog adalah salah satu tempat untuk meluahkan pendapat, menulis tentang pengalaman dan berkongsi idea tentang sesuatu perkara. Agak lama juga saya tidak menulis karangan atau esei. Kali terakhir semasa di bangku universiti. Begitu tumpul penulisan saya kini. Jadi dengan adanya blog ini, saya dapat menulis kembali walaupun tidak sehebat mana. Di samping itu, saya juga berharap agar blog ini boleh dikongsikan bersama-sama rakan yang lain.
Ok, setakat ini dulu catatan saya. saya perlu kembali menjalankan tugas saya untuk menyediakan bajet bagi program yang akan dilaksanakan di pejabat saya. Bertemu kembali di lembaran yang lain.
Salam Penutup & Senyum Selalu~

Langgan:
Catatan (Atom)